hmz




Kenangan yang terindah....

Bersama dengan anak-anak didikku semasa sambutan maulidur Rasul 2009 baru-baru ini.
hmz
Salam Ramadhan....
Hari ini dah masuk 9 hari kita menjalani ibadah puasa. Dah banyak surau dan masjid aku round setakat ni untuk solat terawih.... tapi yang paling selesa dengan jiwaku rasanya masjid putih kat tengah-tengah bandar k.t.
Aku bukan nak cerita tentang masjid atau surau tetapi baru-baru ini aku ada hantar anak kesayanganku ke Kem anak soleh selama 2 hari 1 malam.Bagiku.... aku rasa amat bertuah kerana Allah membukakan pintu hati kedua-dua anakku untuk menyertainya..
Melentur buluh biarlah dari rebungnya... namun jika anak sering dimanjakan dan tidak sesekali dijentik maka akan naik tocanglah sianak tu. Mungkin ada yang kata caraku agak keras namun jika melibatkan solat aku akan terus menghukum mereka dengan rotan.
Jauh dilubuk hatiku agak sedih merotan mereka tetapi aku tahu ada hikmah disebaliknya..
Setiap Ibubapa mengharapkan anak-anak yang soleh dan solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Didikan yang diberikan oleh kedua ibubapa adalah sangat berlainan untuk setiap anak... maka Quran dan hadis adalah panduan yang sesuai...fikir fikirkanlah